Bengkel Berniaga Secara Digital

20 Oktober 2019 | Aktiviti Terkini

Bersempena dengan Sambutan Deepavali, pihak Maxis dengan kerjasama Pusat Internet PPR Intan Baiduri telah mengadakan Bengkel Berniaga Secara Digital kepada komuniti terutamanya komuniti India namun begitu terdapat juga peserta dari komuniti lain selain India. Mereka yang mempunyai produk yang ingin diketengahkan adalah digalakkan untuk menyertai bengkel ini. Peserta di ajar bagaimana cara untuk memasarkan produk dengan betul menggunakan platform digital seperti facebook, instragram, whatssap dan lain-lain lagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali